Balasan orang yang minum arak
Balasan bagi orang yang meminum arak. Nabi S.A.W pernah
bersabda ertinya:
"Allah S.W.T telah melaknat pembuat arak, penjual,
peminum dan pembelinya."
Sabdanya lagi bermaksud:
"Akan datang pada hari kiamat orang yang meminum arak
dalamkeadaan hitam mukanya, merah kedua matanya, lidahnya terjelir sampai ke
dada, lalu keluar daripada mulutnya nanah,maka seluruh manusia amat
membencinya. Oleh itu jagan sesekali memberi salam kepadany dan jangan
menziarahinya ketika diasakit serta jagan disolatkan apabila dia mati kelak.
Sesungguhnya Allah S.W.T menyeksanya seperti orang yang menyumpah ibu bapanya
dan baragsiapa yang minum arak di dunia diharamkan oleh Allah S.W.T ke atasnya
di dalam syurga."
Nabi S.W.T juga telah bersabda:
"Peminum arak akan kuluar dari kuburnya dalam
keadaan terlebih busuk daripada bangkai dengan satu pelita tergantung di
lehernya, satu bekas pada tangannya dan apa yang ada antara kulit dan
dagingnya dipenuhi beberapa ekor ular dan jengking, dipakai kedua-dua
kakinya dengan kasut daripada api lalu menjadi panas kedua-dua kasut itu hingga
mendidihkan otaknya yang mana ia tinggal bersama dengan Firaun, Haman dan
Qarun."
Diriwayatkan dari pada Aisyah r.a bahawa Nabi S.A.W.
bersabda ertinya:
"Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang meminum arak satu suapan sekalipun akan dibinasakan tubuhnya dengan beberapa ekor ular dan kala yang mana patukan dan gigtannya berterusan hinggalah hari kiamat. Dan baragsiapa menunaikan hajatnya seolah-olah ia menolong meruntuhkan agama islam. Barangsiapa yang meminjamkan walaupun satu dirham maka seolah-olah dia menolong membunuh seorag mukmin yang soleh dan baragsiapa yang menghalalkan arak maka sesungguhnya orang itu lepas daripadaKU dan AKU juga lepas daripadanya."
Diriwayatkan daripada Salma r.a pula ia berkata: Aku
mendengar daripada rasulullah sabdanya:
"Barangsiapa yang meminum arak tidak akan diterima oleh
Allah S.W.T amalannya selama tujuh hari. Maka dihilangkan oleh Allah S.W.T
akalnya dan tidak diterima daripadanya segala amalan kebajikan selama empat
puluh hari."
Maka apabila ia mati dalam masa empat puluh hari itu
dalam keadaan demikian, Ibn Mas'ud r.a telah berkata: Aku mendengar daripada
Nabi S.A.W sabdanya:
"Apabila mati orang yang minum arak seorag
daripada hamba Allah sebanyak empat kali minum, ia akan diseksa oleh Allah
S.W.T dengan beberapa jenis seksaan, ditulis namanya di neraka sijin dan tidak
diterima daripada mereka solat , puasa dan sedekahnya melainkan juka mereka
bertaubat."
Diriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W. bahawa bahawa
baginda bersabda ertinya:
"Telah dihalau oleh malaikat Zabaniah orang yang
meminum arak ke neraka. Apabila hampir dengan neraka, ia dibukakan dan
dihumbankan mereka itu kebawah neraka serta diseksa dengan tongkat besi
selama-lamanya."
Gambaran tentang seksaan ini turut dinyatakan dalam
Al-Quran sebagai firman Allah:
"Setiap kali hancur binasa kulit-kulit mereka, Kami gantikan dengan yang lain pula supaya mereka merasai kepedihan azab." (Surah Al- Nisaa':56)
Selain itu, ia juga merasa amat dahaga lalu meminta
kepada malaikat Zabaniyah air. Maka malaikat itu Zabaniyah membawa kepadanya
minuman tembaga cair dan apabila ia minum bergugurlah gigi-giginya. Apabila
sampai minuman itu kedalam perutnya terus ia keluar melalui duburnya seterusnya
ia kembali seperti mulanya.Begitulah seksaan orang meminum arak, kita
berlindung kepada Allah daripadanya.
Rasullullah S.A.W. bersabda ertinya:
Rasullullah S.A.W. bersabda ertinya:
"Barangsiapa yang ada di dalam hatinya seratus ayat
Al-Quran padahal ia meminum arak, tiap-tiap huruf daripadanya datang
kepada kepadanya pada hari kiamat menyumpahnya dihadapan Tuhan sekalian alam
sedangkan baragsiapa yang disumpah oleh Al-Quran ia akan binasa."
Uthman bin Affan r.a telah berkata:
"Jauhknlah oleh mu daripada arak, sesungguhnya terdapat
pada ummat nabi dahulu seorag lelaki yang terlalu kuat beribadat kepada Allah
S.W.T. Maka seorag perempuan yang amat jahat perangainya telah datang kepadanya
dengan berkata: " Aku datag memaggilmu kerana aku dijadikan untukmu",
lalu dataglah lelaki itu bersama perempuan itu dan kedua-duanya pun masuk
kedalam rumah. Kemudian pintu rumah ditutup dan dibawa kepada
lelaki itu seorag hamba lelaki dan satu bekas arak. Perempuan itu berkata lagi:
" Aku memaggilmu untuk mengajak kamu berzinar dengan ku atau membunuh
hamba ini atau pun enkau meminum arak ini. Selagi engkau tidak lakukan salah
satu daripada tiga perkara ini sudah tentu aku tidak bukakan pintu ini."
Maka berfikir si lelaki: 'Jika aku membunuh hamba adalah terlalu besar dosanya
dan apabila fikirkan zinar itu pown dosa besar'. Akhirnya dia mengambil bekas
arak lalu meminumnya, setelah habis diminumnya ia menjadi mabuk dan telah
membunuh seorag hamba itu, kemudiannya berzinar pula dengan perempuan itu dalam
keadaan mabuknya"
Oleh itu jauhkan olehmu daripada arak kerana sesungguhnya
segala jenis kejahatan tidak akan berhimpun sekali bersama dengan iman..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan