Sabtu, 22 Mac 2014

~pengertian hati~

pengertian hati



          Didalam kitab imam Al-ghazali iaitu ihya ulumiddin menceritakan perihal kemahuan hati.adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah dan beribadah kepada ALLAH SWT.dan juga kecenderungan hati itu ialah berhikmah.
       Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semula jadi manusia yang juga merupakan perintah ALLAH SWT.buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah,mengenal alahh swt,dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh allah swt didalam alquran:

        
        أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ
(al araf 172)
maksudnya:
                         "bukankah aku aku ini than kamu?(roh menjawab)ya,bahawasanya kami naik saksi bahawa kamu adalah kami"
                 
Sebelum allah swt mwmasukkah roh kita ini kedalam tubuh manusia,allah swt telah bertanya kepada roh tentang pengakuan allah swt sebagai tuhan,apa yang dijawab oleh roh ketika itu,jelas lah bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenal allah dan beribadah kepadanya memang sudah ada sejak azali lagi.
    Sama lah seperti makan dan minum merupakan satu fitrah yang ada dalam setiap diri manusia,tanya lah kepada sesiapa,tidak kira mereka yan meminum arak,penzina,kaki judi dan lain-lain,semuanya tahu,tentang kewujudan allah swt,malangnya,sekadar tahu wujudnya allah,tetapi tidak merasakan "rasa bertuhan"kerana itu mereka alpa. ia dikatakan fitrah kerana tabiat atau rasa itu tdak perlu dipelajari bahkan sudah tertanam
dalam diri setiap manusia.
      Lahirnya cinta kepada allah swt dimulakan dengan langkah 'mengenal' Nya, jika kita berhenti ditapak mengenal tanpa mengorak kepada langkah cinta kepadaNya,maka samalah kita seperti peminum arak,penzina dan sebagainya, kenal sekadar kenal,tetapi tidak kasih kepadanya, disebabkan itu lah mereka jauh dari allah swt. bagaimanakah cara agar kita dapat merasa kan cinta kepada allah swt? hayati lah setiap ayat didalam QuranNya,pasti cinta dan ketenangan itu akan memeluk hati kita sehingga lah mengalirnya air mata kesyahduan keagungannya,tanpa kita sedar dalam penghayatan kita itu timbul perasaan"sesungguhnya aku melihat allah pada ciptaannya,dan aku mendengar suara kebenaran itu pada Qurannya"
        Setelah kita mengenal dan cinta kepada ALLAH SWT,adakah kita telah berada berada ditahap yang membanggakan? tidak! kenal dan cinta itu satu pekara yang mustahil, kenali lah ALLAH SWT,cintai lah, dan PATUHI lah segala perintahnya,inilah iman yang berkualiti, KENAL,CINTA dan PATUH, jika ada dalam setiap jiwa,maka "berjalan lah diatas keberkatan allah swt",
        semuanya lahir dari hati yang bersih,hati yang terhindar dari segala sifat yang tercela,tetapi dihiasi dengan sifat yang terpuji.
        Hati yang baik itu tertanam sifat terpuji,dan dikatakan hati yang baik itu dibukakan pintu-pintu untuk ke syurga,ini kerana hati yang baik itu akan menzahirkan pekara yang baik dari setiap sudut,tidak kira membuat kebaikkan ada hubungan dengan allah atau sesama manusia.setiap kebaikkan dalam dua hubungan ini allah SWT akan membalasnya dengan nikmat syurga di akhirat kelak,Firman allah swt:
         
    "إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يُرِيدُ"


maksudnya"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya. "

(surah al hajj-14)

SETENGAH PEKARA YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PAPA(MISKIN)

Sabtu, 1 Mac 2014




SETENGAH PEKARA YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PAPA(MISKIN)
KITAB PELITA PENUNTUT
TERJEMAHAN DARI KITAB 
 TA’LIM AL-MUTA’ALLIM THORIQ AL-TA’LIM 
 ~KARANGAN AL-ALIM AL-‘ALLAAMAH SKEIKH ZARNUJI~



DAN SETENGAH DARIPADA PEKARA YANG MEMBAWA KEPADA PAPA(MISKIN) ITU,tidur bertelanjang,dan kencing berdiri,dan makan padahal ia(seseorang) didalam berjunub(hadas besar), dan makan sambil mengiring atas lambungan dan bermudah-mudah dengan yang tumpah-tumpah daripada hidangan daripada nasi dan roti dan umpamanya,dan bakar kilit bawang merah dan putih, dan sapu rumah dgn kain mandil(sapu tangan) dan sapu rumah pada (waktu)malam. Dan membiarkan sampah pada pada rumah (tidak kira siang atau malam) dan berjalan-jalan dihadapan orang tua(ketika bercakap)atau diam. Dan panggil akan dua ibubapa dengan nama keduanya(ibubapa),dan berculik(bercungkil)gigi dgn tiap-tiap kayu,dan basuh tangan dengan selut dan tanah,dan duduk atas bendul pintu. Dan bergantung-gantung(bergayut)atas salah satu daripada dua keeping(daun)pintu, dan berwuduk pada tempat qada’ hajat(tandas). Dan menjahitkan kain yang diatas(dipakai)ditubuhnya, dan mengeringkan(mengelap) basah-basah mukanya dengan kain pakaianya(seseorang).dan membiarkan sarang labah-labah pada rumahnya.

~mun'im salehuddin~
07:24pm
010314




Nabi menangis kerana kaum wanita

Nabi menangis kerana kaum wanita





         Rasulullah ceritakan pengalaman saksi balasan dahsyat ketika isra' mi'raj, Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?" Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak). "Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kalajengking. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka." Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada ananda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya. "Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mau mandi setelah haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang. "Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain. "Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah. "Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya." Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah." Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan." Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup."

(Hadis riwayat Bukhari)