Sabtu, 22 Mac 2014

~pengertian hati~

pengertian hati



          Didalam kitab imam Al-ghazali iaitu ihya ulumiddin menceritakan perihal kemahuan hati.adapun yang dikatakan kemahuan hati atau kecenderungan hati itu ialah mencintai Allah dan beribadah kepada ALLAH SWT.dan juga kecenderungan hati itu ialah berhikmah.
       Semua bentuk kemahuan dan kecenderungan hati ini adalah sifat semula jadi manusia yang juga merupakan perintah ALLAH SWT.buktinya bahawa hati atau jiwa manusia ini cenderung kepada berhikmah,mengenal alahh swt,dan beribadah kepadaNya ada dijelaskan oleh allah swt didalam alquran:

        
        أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ
(al araf 172)
maksudnya:
                         "bukankah aku aku ini than kamu?(roh menjawab)ya,bahawasanya kami naik saksi bahawa kamu adalah kami"
                 
Sebelum allah swt mwmasukkah roh kita ini kedalam tubuh manusia,allah swt telah bertanya kepada roh tentang pengakuan allah swt sebagai tuhan,apa yang dijawab oleh roh ketika itu,jelas lah bahawa kecenderungan hati naluri manusia untuk mengenal allah dan beribadah kepadanya memang sudah ada sejak azali lagi.
    Sama lah seperti makan dan minum merupakan satu fitrah yang ada dalam setiap diri manusia,tanya lah kepada sesiapa,tidak kira mereka yan meminum arak,penzina,kaki judi dan lain-lain,semuanya tahu,tentang kewujudan allah swt,malangnya,sekadar tahu wujudnya allah,tetapi tidak merasakan "rasa bertuhan"kerana itu mereka alpa. ia dikatakan fitrah kerana tabiat atau rasa itu tdak perlu dipelajari bahkan sudah tertanam
dalam diri setiap manusia.
      Lahirnya cinta kepada allah swt dimulakan dengan langkah 'mengenal' Nya, jika kita berhenti ditapak mengenal tanpa mengorak kepada langkah cinta kepadaNya,maka samalah kita seperti peminum arak,penzina dan sebagainya, kenal sekadar kenal,tetapi tidak kasih kepadanya, disebabkan itu lah mereka jauh dari allah swt. bagaimanakah cara agar kita dapat merasa kan cinta kepada allah swt? hayati lah setiap ayat didalam QuranNya,pasti cinta dan ketenangan itu akan memeluk hati kita sehingga lah mengalirnya air mata kesyahduan keagungannya,tanpa kita sedar dalam penghayatan kita itu timbul perasaan"sesungguhnya aku melihat allah pada ciptaannya,dan aku mendengar suara kebenaran itu pada Qurannya"
        Setelah kita mengenal dan cinta kepada ALLAH SWT,adakah kita telah berada berada ditahap yang membanggakan? tidak! kenal dan cinta itu satu pekara yang mustahil, kenali lah ALLAH SWT,cintai lah, dan PATUHI lah segala perintahnya,inilah iman yang berkualiti, KENAL,CINTA dan PATUH, jika ada dalam setiap jiwa,maka "berjalan lah diatas keberkatan allah swt",
        semuanya lahir dari hati yang bersih,hati yang terhindar dari segala sifat yang tercela,tetapi dihiasi dengan sifat yang terpuji.
        Hati yang baik itu tertanam sifat terpuji,dan dikatakan hati yang baik itu dibukakan pintu-pintu untuk ke syurga,ini kerana hati yang baik itu akan menzahirkan pekara yang baik dari setiap sudut,tidak kira membuat kebaikkan ada hubungan dengan allah atau sesama manusia.setiap kebaikkan dalam dua hubungan ini allah SWT akan membalasnya dengan nikmat syurga di akhirat kelak,Firman allah swt:
         
    "إِنَّ ٱللَّهَ يُدۡخِلُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ جَنَّـٰتٍ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِہَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يَفۡعَلُ مَا يُرِيدُ"


maksudnya"Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; sesungguhnya Allah melakukan apa yang ditentukanNya. "

(surah al hajj-14)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan